Saudara seagama
Seseorang muslim dengan muslim yang lain adalah bersaudara . Tidak boleh menganiaya dan menundukkannya . Barang siapa yang melaksanakan hajat seorang muslim , maka Allah akan melaksanakan hajatnya . Dan sesiapa yang melepaskan kesulitan seorang muslim , maka Allah akan melepaskan kesulitannya di hari kiamat dan barang sesiapa yang menutup aib seorang muslim , maka Allah akan menutup aibnya dihari kiamat .
Tuesday, December 14, 2010
Ucapan Yang Istimewa
" Persiapan perkahwinan kamu sudah siap?" soalan ayah mematikan lamunanku.
" Sudah hampir siap, ayah. Cuma tinggal 20% saja ," jawabku ringkas. Aku duduk di sisi ayah. Abangku juga ada di situ.
Ayah tersenyum memandang aku dan pandangannya beralih ke arah abang pula.
" Nak tahu macam mana cara menjadi yang istimewa dihati pasangan kita?" ayah mula memancing minat untuk berbual disamping menurunkan ilmunya.
Aku tersenyum seraya mengangguk.
" Ayah kenal ibu kamu semasa kami belajar di universiti. Ibu kamu orang biasa, berperwatakan biasa dan segala-galanya biasa. Dia tidak pernah menjadi bahan mulut puji atau keji. Ayah memang tak kenal sangat ibu kamu, tapi ayah sangat ingat setiap detik saat kami bertemu ," ujar ayah memulakan bicara. Ayah sengaja berhenti di situ.
" Pasti ada sesuatu yang menarik tentang arwah ibu. Jika tidak, macam mana ayah boleh terpikat dengan ibu," sampuk kakak iparku pula yang baru masuk ke dalam bilik ayah bersama anak-anaknya.
Ayah terus tersenyum, lantas menyambung ceritanya, " Kali pertama ayah jumpa ibu kamu semasa diperpustakaan. Ayah nak cari buku masa tu. Ibu kamu adalah pustakawan di situ. Hampir setengah jam ayah pusing-pusing di rak yang sama tapi ayah masih tak jumpa buku yang nak dicari. "
" Ayah tak minta tolong kat ibu? Emm...maksud Ina pustakawan kat situ? aku pantas mencelah.
" Itulah. Orang lelaki ni kuat egonya. Kononnya boleh cari sendiri. Akhirnya ibu kamu datang. Soalan pertama dia , yang tak pernah ayah lupa sampai sekarang, ' Boleh saya bantu?'.
Ayah tersenyum lagi sambil memandang kami, anak-anak, menantu dan cucu-cucunya.
" Kali kedua ayah jumpa ibu kamu, semasa hari sukan di universiti. Ayah dan ibu sama-sama jadi sukarelawan untuk program tu. Ayah ditugaskan bahagian air minuman. Biasalah, pelajar lelaki kalau diberi tugas selalunya sambil lewa. Tambahan pula, bila dah duduk berkumpul ramai-ramai. Ibu kamu datang masa tu. Nak tahu apa dia kata?"
Kami mengangguk penuh minat.
" Boleh tolong tambah air ni? Air ni dah kurang,".
" Ayah terus bangun. Tergamam juga kami dibuatnya. Lepas siap bancuh air tu, ibu kamu ucapkan terima kasih. Itulah istimewanya ibu kamu. Kalau orang pandang dia dengan mata, orang akan kata dia gadis biasa. Tapi kalau orang lihat dia dengan mata hati, orang kata dia gadis istimewa," ayah terdiam sebentar sambil aku pula cuba menghadam mesej cerita yang disampaikan oleh ayah.
" Orang lelaki ni, memang susah nak tolong orang perempuan, tapi kalau kena caranya, seikhlas hati dia akan buat. Kerja yang berat terasa ringan. Setiap permintaan yang lahir dari bibir bukan lagi dianggap arahan, tetapi pujukan,"
Aku tertunduk. " Patutlah ibu sangat istimewa buat ayah. Walaupun telah hampir 15 tahun ibu meninggalkan kami, ayah masih tidak mahu berkahwin lagi hingga ke saat ini,"
" Itulah istimewanya ucapan tolong atau bantu dan terima kasih. Masih meminta tolong walaupun kita berdaya. Masih berterima kasih walaupun itu memang kewajipan dia. Kerana ucapan yang istimewa itu akan menjadikan pengucapnya begitu istimewa di hati pasangannya. Memang bukan mudah kalau tak biasa, tapi tak salah kalau mencuba. Mula-mula cuba, lama-lama terbiasa," ucap ayah seakan mengerti persoalan yang bermain difikiranku. Aku yakin nasihat ini juga pernah diberikan kepada abangku sebelum dia berumah tangga dulu dan kini, giliran aku.
Malam itu, sebelum tidur, aku teringat saat arwah ibu masih bersama kami. Dialog yang sering diucapkannya. Saat ayah ingin ke kedai ,"Abang, boleh tolong belikan barang dapur? ". Saat ibu memasak di dapur, " Abang, boleh tolong tengokkan anak?". Dan dialog yang tak pernah kulupa dan kini menjadi kebiasaan abang dan kakak iparku, " Terima kasih, bang. Sebab itulah saya sayang abang,".
Aku akan sentiasa ingat pesan ayah, " Hargai pasangan kita selagi dia ada bersama. Ucapkan ucapan yang penuh bermakna selagi dia boleh mendengar. Tunjukkan kasih kita selagi dia boleh melihat. Sentiasa mendengar kisah suka dukanya selagi dia mampu berbicara. Barulah kita rasa perkahwinan ni sungguh bermakna. Kalau dia dah tiada, panjatkan doa untuknya semoga cinta kita kekal subur selamanya,".
Friday, December 10, 2010
Manusia Dicipta dari Tanah Apa?
* Kepala Adam terdiri daripada tanah Baitul-Muqaddis kerana di situ terletak otak dan
akal manusia.
* Telinga daripada tanah Bukit Tursina kerana ia adalah alat pendengaran dan tempat
menerima nasihat.
* Dahi dari Iraq kerana ia adalah tempat sujud kepada Allah.
* Muka dari tanah Aden kerana ia tempat berhias dan tempat kecantikan manusia.
* Mata dari tanah telaga al-Kautsar, tempat untuk melihat dan menarik perhatian.
* Gigi daripada tanah al-Kautsar kerana ia dalah tempat memanis.
* Tangan kanannya daripada tanah Kaabah kerana ia adalah tempat untuk mencari
rezeki dan tempat mengadakan kerjasama sesama manusia.
* Tangan kiri daripada tanah Paris kerana ia berfungsi untuk beristinjak.
* Perut daripada tanah Khurasan kerana ia adalah tempat lapar dan kehausan.
* Kemaluan daripada tanah Babylon kerana di situlah tempat memuaskan nafsu seks dan
tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa dan maksiat.
* Tulang daripada tanah Tursina kerana ia adalah alat peneguh badan manusia.
* Dua kakinya daripada tanah India kerana ia adalah tempat berdiri dan berjalan.
* Hatinya daripada tanah syurga Firdaus dan di situlah tempat iman bertakhta, ilmu,
keyakinan, kemahuan dan sebagainya.
* Lidah daripada tanah Tha'if, iaitu tempat mengucapkan syahadah, bersyukur dan berdoa
kepada Allah.
Supaya perkongsian ini dapat menambahkan ilmu disamping kita mengenali diri, mensyukuri dan bertambah iman dihati terhadap Ilahi.
Wednesday, December 1, 2010
Jodoh & Takdir
Moga dikurnia seorang ratu dijiwa
Tempat untukku curahkan segala rasa
Perasaan yang tersimpan seribu satu makna
Dikala aku keseorangan
Dia penghibur dan jua peneman
Hati yang sayu tidak kesepian
Duka dan lara tiada keresahan
Ya Allah
Tidak kupinta yang menawan
Tidak kuharap yang hartawan
Bukan jua kerna kedudukan
Cuma kudamba insan yang sepadan
Kasihnya sejati bukannya keterpaksaan
Biarpun derita yang menjadi rintangan
Ketulusannya yang tiada bandingan
Tercipta ayu indahnya
Peribadi insan
Sunday, November 28, 2010
Jodoh...Layakkah Aku Memilikinya?

" Aku dah kerap kali tukar pasangan. Perangai aku pun bukannya baik sangat. Allah tu Maha Adilkan. Dia dah janjikan perempuan yang baik tu untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya. Orang macam aku ni, rasanya bolah tak dapat pasangan yang baik?"
Saturday, November 6, 2010
Wednesday, November 3, 2010
Wednesday, October 27, 2010
Saturday, October 9, 2010
Bukan Sekadar Cerita...
Secara zahirnya, cerita ini disiarkan bagi mengisi slot cerekarama malam minggu. Namun jika ditonton dengan akal yang mahu berfikir, dan jiwa yang mahu mengerti, mesej yang ingin disampaikan oleh cerita ini sungguh mendalam sekali.
Ya. Bukan sekadar cerita...cerita ini jelas menunjukkan ikatan perkahwinan yang terbina dengan kemurkaan Allah dan tanpa restu ayah bonda, pasti derita akhirnya. Penyatuan dua jiwa pastinya tidak kekal lama andai tiada Yang Satu disisi mereka. Oleh itu teman, fikirkanlah bersama...
Allah telah berfirman, jodoh itu datang melalui 3 sumber....
- Jodoh melaui syaitan - seseorang itu bertemu dengan pasangannya, mereka bertentangan mata, lalu bercinta sehingga mereka melakukan maksiat. Akhirnya, mereka berkahwin kerana ingin menutup malu.
- Jodoh melaui jin - seorang lelaki bertemu dengan seorang wanita. Lelaki tersebut jatuh cinta, lalu dia meminang wanita tersebut, namun wanita itu menolaknya. Lelaki tersebut menggunakan bantuan makhluk lain ( m'bomohkan wanita tersebut ) dan mereka berkahwin.
- Jodoh melalui Allah - Seseorang lelaki bertemu seorang wanita. Lelaki tersebut jatuh cinta, lalu dia meminang wanita tersebut. Wanita itu terima pinangannnya dan mereka berkahwin.
Fikir2kanlah...mana yang terbaik untuk kalian semua. Andai penyatuan cinta ( perkahwinan) itu terbina kerana nafsu yang melulu...pasti ikatan cinta itu tanpa arah tuju. Andai ikatan cinta itu terbina atas dasar cinta manusia semata, pasti nikmatnya sementara. Namun andai ikatan cinta itu terbina atas dasar mengikut sunnah baginda demi menggapai cinta-Nya, insyaallah cinta itu sampai syurga. Ingat, kita bukan sekadar akan hidup di dunia ini, tetapi akhirat yang kekal abadi. Biarlah cinta yang kita bina membuka jalan ke syurga...bukannya mengheret kita ke neraka.
Sekian...pasanan ikhlas buat diri yang bergelar aku, juga buat insan yang dicipta oleh Tuhanku.
Friday, September 24, 2010
Aidilfitri Menjalin Ukhwah

Syukran ya Allah...walaupun tidak dapat menghimpunkan semua, namun pertemuan ini sungguh bermakna. Harapanku moga tahun depan ada lagi peluang kita berkumpul semula. Harap2 lebih ramai dari tahun ni.
Terima kasih teman...kerana sudi memenuhi jemputan. Doaku agar kalian tabah mengharungi perjuangan dalam tuntutan, disamping kembara memantapkan iman dalam keredhaan. Semoga perjuangan yang tidak berkesudahan ini diredhai dan diberkati Ilahi...amin.
Temanku...
Apabila berbicara tentang CINTA
Ingatlah di sana ada pemilik segala CINTA
Apabila berbicara tentang KASIH
Sedarlah di sana ada yang lebih PENGASIH
Apabila berbicara tentang RINDU
Ketahuilah di sana ada yang lebih lama menunggumu.
Moga CINTA , KASIH dan RINDU yang terbina ini
Menjadi wadah perjuangan hakiki
Dalam menegakkan iman Islami
Demi Allah Rabbul 'Izzati
Saturday, September 11, 2010
Ukhwah Tersimpul di Aidilfitri
Saturday, September 4, 2010
Ramadhan Pertama

Thursday, August 26, 2010
Kisah Cinta Pertama

Friday, August 13, 2010
Saturday, August 7, 2010
Ukhwah Itu Memupuk Cinta

Saturday, July 31, 2010
Dia...Ainul Mardhiah.

Thursday, July 22, 2010
Peringatan Kita Bersama
Assalamualaikum....
Wahai sahabatku...ketika video ini disiarkan, pelbagai masalah gejala sosial sedang menular dalam diri remaja. Perkara ini bagai sudah tiada jalan penyelesaianya lagi. Saban hari, berita mengenai tingkah laku remaja pasti menjadi perhatian. Hatiku bimbang wahai sahabatku. Aku bimbang pada masalah yang berlaku kini. Adakah masalah ini tiada kesudahannya? Aku bertambah bimbang apabila mereka yang terlibat bukannya daripada kalangan warga yang cetek ilmu, tetapi sebahagian daripada mereka merupakan pelajar sekolah agama, aliran agama, pelajar terbaik IPT mahupun sekolah dan yang seangkatan dengannya. Begitu mudah mereka terpengaruh dengan semua itu. Apa yang lebih menggusarkanku ialah mereka adalah sebangsa denganku. Ke manakah perginya jati diri anak Melayu yang penuh dengan tatatertib, budi bahasa, sopan dan tinggi harga dirinya? Aku tahu, Melayu itu bersifat dinamik, yakni mudah menerima pengaruh luar, tetapi adakah kita hanya mampu menerima tanpa perlu menapis? Sedarlah bangsaku. Bukalah matamu. Kutahu ramai antara kita yang kasihankan mangsa Palestin kerana mereka ditindas di bumi sendiri, tetapi ada rasa syukur dalam hatiku kerana setidak-tidaknya mati mereka dikira syahid. Korban darah mereka tidak sia-sia. Namun bangsaku? Dirinya tak berharga, korban nyawanya hanya sia-sia. Akhirnya bagaimana tempatnya DI SANA?? Sungguh malang bangsaku. Penjajahan fikiran, budaya dan jiwa mereka tiada siapa yang prihatin. Sedarlah bangsaku. Perbuatanmu hanya merosakkan dirimu.
Saturday, July 17, 2010
Ainul Mardhiah

Menanti hadirnya seorang lelaki
Nantikan sambungan artikle ini. Cerita mengenai Ainul Mardhiah. Insyaallah...
Friday, July 16, 2010
SAG & sahabatku dalam kenangan...

Meniti hari2 terakhir b'gelar pelajar SMKSAG amat memilukan hatiku. Tambahan pula aku tahu aku tidak lagi dapat b'sama sahabat2ku. Aku tahu bkn mudah utk meniti hari tanpa teman yang sebaik kalian, namun inilah realiti. Bukan sepanjg hidup kita akan ditemani. Kuredhakan jua hati bagi melepaskn kau pergi, smg dengan perpisahan ini ukhwah yang tertaut akan selamanya abadi.
Apa yg m'buatkn aku rindu pd kalian? Aku rindu....aku rindu pd kenangan dulu. Saat kita gembira apabila m'dpt anugerah atau ketika kita berbual mesra, saat hiba tatkala keputusan peperiksaan di depan mata, saat gemuruh pabila menyertai pertandingan atau peperiksaan menjelma. Aku rindu semua itu. Rakan2ku yg x jemu2 m'hiburkn hatiku.
Aku rindu pada Ibah yg setia m'dgr rintihan hatiku, aku rindu pada Ana yg sering mengambil berat akan perihalku, aku rindu pada Mai yang penyabar, Sal yg manja, Tikah yang gila2. Aku juga rindu pada Ayu yg mengajarku pelbgi perkara baru & Dayah yang mengajarku erti keberanian dan hidup b'dikari.
Jika kalian t'baca ruangan ini....ketahuilah. Saat aku m'coretkn kisah ini, aku sebenarnya t'amat rindu pd kalian. Ingin saja aku m'hubungi kalian, tapi aku tahu keterbatasan waktu lapang yang ada utk seorang pelajar spt kita. Aku x mahu mengganggu kalian. Biarlah rinduku ini menjadi penyambung ukhwah antara kita. Biarlah hanya sekadar gambar kalian yg mengubat jiwaku tatkala rindu itu menjelma. Walaupun kalian tidak berada di depan mata, namun kalian tetap dihati kujua. Terima kasih sababatku... doaku sentiasa b'samamu. :)
UKHWAH
Ada awal , tiada akhir
dibentuk untuk mengingati-Nya
dicantum kerana cinta-Nya
diratib semata-mata kerana redha-Nya
menitis air mata tika merasai kemanisan-Nya