Assalamualaikum....
Wahai sahabatku...ketika video ini disiarkan, pelbagai masalah gejala sosial sedang menular dalam diri remaja. Perkara ini bagai sudah tiada jalan penyelesaianya lagi. Saban hari, berita mengenai tingkah laku remaja pasti menjadi perhatian. Hatiku bimbang wahai sahabatku. Aku bimbang pada masalah yang berlaku kini. Adakah masalah ini tiada kesudahannya? Aku bertambah bimbang apabila mereka yang terlibat bukannya daripada kalangan warga yang cetek ilmu, tetapi sebahagian daripada mereka merupakan pelajar sekolah agama, aliran agama, pelajar terbaik IPT mahupun sekolah dan yang seangkatan dengannya. Begitu mudah mereka terpengaruh dengan semua itu. Apa yang lebih menggusarkanku ialah mereka adalah sebangsa denganku. Ke manakah perginya jati diri anak Melayu yang penuh dengan tatatertib, budi bahasa, sopan dan tinggi harga dirinya? Aku tahu, Melayu itu bersifat dinamik, yakni mudah menerima pengaruh luar, tetapi adakah kita hanya mampu menerima tanpa perlu menapis? Sedarlah bangsaku. Bukalah matamu. Kutahu ramai antara kita yang kasihankan mangsa Palestin kerana mereka ditindas di bumi sendiri, tetapi ada rasa syukur dalam hatiku kerana setidak-tidaknya mati mereka dikira syahid. Korban darah mereka tidak sia-sia. Namun bangsaku? Dirinya tak berharga, korban nyawanya hanya sia-sia. Akhirnya bagaimana tempatnya DI SANA?? Sungguh malang bangsaku. Penjajahan fikiran, budaya dan jiwa mereka tiada siapa yang prihatin. Sedarlah bangsaku. Perbuatanmu hanya merosakkan dirimu.
No comments:
Post a Comment