Saudara seagama

Abdullah bin Umar r.a berkata , Rasulullah bersabda :



Seseorang muslim dengan muslim yang lain adalah bersaudara . Tidak boleh menganiaya dan menundukkannya . Barang siapa yang melaksanakan hajat seorang muslim , maka Allah akan melaksanakan hajatnya . Dan sesiapa yang melepaskan kesulitan seorang muslim , maka Allah akan melepaskan kesulitannya di hari kiamat dan barang sesiapa yang menutup aib seorang muslim , maka Allah akan menutup aibnya dihari kiamat .

Saturday, August 7, 2010

Ukhwah Itu Memupuk Cinta


Saat pertama kali melangkah ke alam persekolahan, perkara pertama yang terlintas difikiran ialah mengenai kawan. Perkara yang sama turut berlaku tatkala melangkang ke alam sekolah menengah dan ting. 6. Gelora jiwa dan kemelut perasaan ini seakan tidak membenarkanku melangkah ke dunia lain kerana bimbang jati diri yang kupupuk dan kupertahankan selama ini akan hilang bersama peredaran masa dan budaya setempat.

Alhamdulillah, syukur...kerana persepsi pertama aku tentang mereka adalah mimpi ngeriku semata-mata. Perkara-perkara negatif itu tidak sama sekali wujud dalam diri mereka.

Aku berharap agar mereka tidak akan menjadi mimpi ngeriku itu. Biarlah mimpi itu luput ditelan waktu. Harapanku agar ukhwah yang terbina ini dapat membawaku mengecapi impianku dan redha Allah yang Satu.

Kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang menemaniku sebelum ini, kenangan yang terjalin selama ukhwah ini sangat indah. Terima kasih Ya Rahman...syukur Ya Rahim. Rata-rata rakan-rakanku kini menyambung pengajian mereka. Syukur kerana pertemuan yang singkat ini mengajar kita erti sebuah CINTA pada yang selayak-Nya.


Terima kasih Tuhan...
kerna pertemukan aku dengan insan yang menCINTAi al-Quran
menCINTAi perjuangan
menCINTAi Islam
menCINTAi ilmu
kasih kami tiada sempadan
hingga aku tak mampu bertahan andai kehilangannya
kerana ikatan ini bukan mainan
semoga terhebat dalam perjuangan
walaupun akhirnya langkah kita berlainan
Insyaallah...
semoga Islam terus tertegak dalam diri kita
dan insan disekeliling kita

No comments:

Post a Comment