Saudara seagama

Abdullah bin Umar r.a berkata , Rasulullah bersabda :



Seseorang muslim dengan muslim yang lain adalah bersaudara . Tidak boleh menganiaya dan menundukkannya . Barang siapa yang melaksanakan hajat seorang muslim , maka Allah akan melaksanakan hajatnya . Dan sesiapa yang melepaskan kesulitan seorang muslim , maka Allah akan melepaskan kesulitannya di hari kiamat dan barang sesiapa yang menutup aib seorang muslim , maka Allah akan menutup aibnya dihari kiamat .

Friday, December 10, 2010

Manusia Dicipta dari Tanah Apa?

Menurut Ibnu Abbas:
* Kepala Adam terdiri daripada tanah Baitul-Muqaddis kerana di situ terletak otak dan
akal manusia.
* Telinga daripada tanah Bukit Tursina kerana ia adalah alat pendengaran dan tempat
menerima nasihat.
* Dahi dari Iraq kerana ia adalah tempat sujud kepada Allah.
* Muka dari tanah Aden kerana ia tempat berhias dan tempat kecantikan manusia.
* Mata dari tanah telaga al-Kautsar, tempat untuk melihat dan menarik perhatian.
* Gigi daripada tanah al-Kautsar kerana ia dalah tempat memanis.
* Tangan kanannya daripada tanah Kaabah kerana ia adalah tempat untuk mencari
rezeki dan tempat mengadakan kerjasama sesama manusia.
* Tangan kiri daripada tanah Paris kerana ia berfungsi untuk beristinjak.
* Perut daripada tanah Khurasan kerana ia adalah tempat lapar dan kehausan.
* Kemaluan daripada tanah Babylon kerana di situlah tempat memuaskan nafsu seks dan
tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa dan maksiat.
* Tulang daripada tanah Tursina kerana ia adalah alat peneguh badan manusia.
* Dua kakinya daripada tanah India kerana ia adalah tempat berdiri dan berjalan.
* Hatinya daripada tanah syurga Firdaus dan di situlah tempat iman bertakhta, ilmu,
keyakinan, kemahuan dan sebagainya.
* Lidah daripada tanah Tha'if, iaitu tempat mengucapkan syahadah, bersyukur dan berdoa
kepada Allah.

Supaya perkongsian ini dapat menambahkan ilmu disamping kita mengenali diri, mensyukuri dan bertambah iman dihati terhadap Ilahi.

Wednesday, December 1, 2010

Jodoh & Takdir

Selalu aku berdoa kepada yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu dijiwa
Tempat untukku curahkan segala rasa
Perasaan yang tersimpan seribu satu makna

Dikala aku keseorangan
Dia penghibur dan jua peneman
Hati yang sayu tidak kesepian
Duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah
Tidak kupinta yang menawan
Tidak kuharap yang hartawan
Bukan jua kerna kedudukan
Cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya keterpaksaan
Biarpun derita yang menjadi rintangan
Ketulusannya yang tiada bandingan
Tercipta ayu indahnya
Peribadi insan

Sunday, November 28, 2010

Jodoh...Layakkah Aku Memilikinya?


" Aku dah kerap kali tukar pasangan. Perangai aku pun bukannya baik sangat. Allah tu Maha Adilkan. Dia dah janjikan perempuan yang baik tu untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya. Orang macam aku ni, rasanya bolah tak dapat pasangan yang baik?"
Alam kehidupan remaja pasti tidak terlepas dari godaan cinta dan alam percintaan. Maka beruntunglah sesiapa yang tidak pernah merasai hambatan nafsu cinta sebelum pernikahan ini. Pastinya disebalik percintaan zaman remaja itu, terselit seribu satu kisah suka duka percintaannya. Terdapat ramai dalam kalangan remaja yang pernah melaui alam percintaan dengan ramai insan, (dlm erti kata lain seseorang itu takkan setia bercinta dengan seseorang sehingga alam perkahwinan. Sepanjang tempoh itu, ramai insan yang telah menjadi pasangannya. Majoritinya begitu.)

Berbalik kepada persoalan di atas. Aku terkedu tatkala ditanya soalan sebegitu. Aku bukannya insan yang pernah bercinta jauh sekali berhujah tentang jodoh, ajal , maut dan ketentuan. Maaf kepada sahabat yang bertanya kerana aku tidak dapat memberikan jawapan yang tepat ketika itu dan aku tiada jawapan yang tepat mengenainya sehingga kini. Kerana pastinya jodoh itu telah diteteapkan Allah sejak azali lagi. Hanya kita saja yang tidak mengetahui.

Tentang soalan itu, aku teringat akan kisah percintaan Yusuf dan Zulaikha, juga kisah perhambaan Rabiatul Adawiyah pada pencipta-Nya.

Fitrah Zulaikha sebelum menjadi isteri nabi Yusuf merupakan seorang wanita penggoda. Lihat saja pada cerita bagaimana dia sanggup curang pada suaminya demi menagih cinta Yusuf, anak angkatnya. Lalu dihambur pula fitnah bahawa Yusuf yang menggodanya sehingga Yusuf dipenjara. Namun, selepas Yusuf memperisterikannya, dia dididik mengenal Pencipta-Nya dan pemilik segala cinta. Akhirnya sejarah mencatatkan Zulaikha merupakan wanita solehah yang taat pada suaminya dan Allah merupakan cintanya.

Begitu juga Rabiatul Adawiyah. Dia bukanlah wanita yang solehah sejak lahirnya seperti Maryam, namun kerana hidayah Allah itu lebih berkuasa, akhirnya seluruh hidup, jiwa dan raganya dihamparkan hanya untuk Pencipta-Nya.

Lihat. Allah tidak memandang dari mana kita datang, tetapi kemana kita akan pergi. Tentang jodoh itu, kita serahkan pada Allah. Cuma, jika kita inginkan jodoh yang terbaik, kita dahulu perlu jadi yang terbaik. Baru kita rasai nikmatnya perjuangan melawan nafsu itu (macam juga sakit. Kita takkan tahu nikmatnya sihat andai tak pernah merasa sakit). Andai kita dapat jodoh yang bertentangan dengan kita (contohnya suami yang baik dapat isteri yang tidak baik / sebaliknya), mungkin Allah ingin menguji kita. Berusahalah bimbing dia sebaiknya. Andai usaha kita sampai kekemuncaknya, namun dia masih tidak berubah, serahkanlah segalanya pada Allah, kerana hidayah itu milik-Nya.

Apa yang kita boleh lakukan...usaha, usaha, usaha, doa dan tawakal. Do the best, give Allah the rest. Ha, tentang doa. Kita pun boleh mula berdoa dari sekarang untuk dapat ape yang terbaik. Banyak doa dalam al-Quran tu. Cari ya. Kalau tak dapat nanti, bagi tau saya. Insyaallah...kita kongsi kat sini.

Saturday, October 9, 2010

Bukan Sekadar Cerita...

Secara zahirnya, cerita ini disiarkan bagi mengisi slot cerekarama malam minggu. Namun jika ditonton dengan akal yang mahu berfikir, dan jiwa yang mahu mengerti, mesej yang ingin disampaikan oleh cerita ini sungguh mendalam sekali.

Ya. Bukan sekadar cerita...cerita ini jelas menunjukkan ikatan perkahwinan yang terbina dengan kemurkaan Allah dan tanpa restu ayah bonda, pasti derita akhirnya. Penyatuan dua jiwa pastinya tidak kekal lama andai tiada Yang Satu disisi mereka. Oleh itu teman, fikirkanlah bersama...

Allah telah berfirman, jodoh itu datang melalui 3 sumber....

  1. Jodoh melaui syaitan - seseorang itu bertemu dengan pasangannya, mereka bertentangan mata, lalu bercinta sehingga mereka melakukan maksiat. Akhirnya, mereka berkahwin kerana ingin menutup malu.
  2. Jodoh melaui jin - seorang lelaki bertemu dengan seorang wanita. Lelaki tersebut jatuh cinta, lalu dia meminang wanita tersebut, namun wanita itu menolaknya. Lelaki tersebut menggunakan bantuan makhluk lain ( m'bomohkan wanita tersebut ) dan mereka berkahwin.
  3. Jodoh melalui Allah - Seseorang lelaki bertemu seorang wanita. Lelaki tersebut jatuh cinta, lalu dia meminang wanita tersebut. Wanita itu terima pinangannnya dan mereka berkahwin.

Fikir2kanlah...mana yang terbaik untuk kalian semua. Andai penyatuan cinta ( perkahwinan) itu terbina kerana nafsu yang melulu...pasti ikatan cinta itu tanpa arah tuju. Andai ikatan cinta itu terbina atas dasar cinta manusia semata, pasti nikmatnya sementara. Namun andai ikatan cinta itu terbina atas dasar mengikut sunnah baginda demi menggapai cinta-Nya, insyaallah cinta itu sampai syurga. Ingat, kita bukan sekadar akan hidup di dunia ini, tetapi akhirat yang kekal abadi. Biarlah cinta yang kita bina membuka jalan ke syurga...bukannya mengheret kita ke neraka.

Sekian...pasanan ikhlas buat diri yang bergelar aku, juga buat insan yang dicipta oleh Tuhanku.