
" Jika tepat pada Masa , Ketika, Keadaan & Siapa, CINTA adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya, " .
Rasa CINTA merupakan fitrah setiap manusia. CINTA juga isu yang tak pernah basi walaupun zaman terus berlalu pergi. Kisah CINTA terungkap sejak kewujudan manusia pertama hingga era hujung usia dunia .
CINTA mula berputik dalam hati manusia pertama (Nabi Adam) tatkala melihat sepasang burung yang berCINTA. Lalu Allah menciptakan Siti Hawa dari tulang rusuk baginda untuk melengkapkan perasaan tersebut.
Malangnya cinta pada makanan (buah khuldi) dalam taman larangan ( yang menjadi lambang nafsu duniawi) menyebabkan mereka dicampak ke dunia.
Kerana CINTA Nabi Adam rela menyeberang Titian Adam (Adam's Bridge) dari puncak pergunungan Sri Lanka ke benua kecil India. Baginda mengharungi hutan belantara, melangkahi banjaran gunung ganang, menapak padang pasir dan merentas benua. Semua itu dilakukan demi CINTA.
KORBAN CINTA PERTAMA
Kesusahan ini melambangkan korban percintaan semata-mata untuk bertemu kekasihnya Siti Hawa di Padang Arafah. Siti Hawa pula merentasi perjalanan dari Jeddah (tempat Siti Hawa diturunkan dari syurga) ke Padang Arafafah.
Padang Arafah merupakan saksi pertemuan CINTA manusia pertama dan hingga kini kekal menjadi simbol penyatuan umat Islam seluruh dunia. Di Padang Arafah terungkap CINTA Nabi pertama dan di Padang Arafah juga terungkap cinta Nabi akhir zaman (Nabi Muhammad) kepada umatnya semasa menyampaikan Khutbatul Wida' (Khutbah Terakhir).
- Dipetik dan diubahsuai daripada
buku Tentang CINTA,
karya Pahrol Mohd Juoi,
terbitan Telaga Biru.