Saudara seagama

Abdullah bin Umar r.a berkata , Rasulullah bersabda :



Seseorang muslim dengan muslim yang lain adalah bersaudara . Tidak boleh menganiaya dan menundukkannya . Barang siapa yang melaksanakan hajat seorang muslim , maka Allah akan melaksanakan hajatnya . Dan sesiapa yang melepaskan kesulitan seorang muslim , maka Allah akan melepaskan kesulitannya di hari kiamat dan barang sesiapa yang menutup aib seorang muslim , maka Allah akan menutup aibnya dihari kiamat .

Saturday, July 31, 2010

Dia...Ainul Mardhiah.


Ainul Mardhaih bererti mata yang diredhai adalah bidadari yang sangat rupawan. Dia telah diciptakan oleh Allah khas untuk pemuda yang mati syahid.


INDAHNYA BIDADARI ITU...


Bidadari dikatakan indah, cantik dan yang seumpama dengannya. Di sini saya ingin menulis sifat-sifat bidadari dan perumpamaannya dapat dijadikan ikhtibar buat sekalian muslimah.


a) Baidhum-maknuunun : telur yang tersimpan

"Sesungguhnya kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan".

Demikian tafsir yang dikemukakan Ibnu Abbas r.a, Sa'id bin Jubair r.a dan As-Suddi, bahawa mereka (bidadari) diumpamakan dengan telur yang tersimpan. Yakni telur yang tidak disentuh oleh tangan dan terpecah kulitnya.

Ahmad Musthafa Al-Maraghi di dalam tafsirnya berkata, " Sesungguhnya bidadari-bidadari itu dalam keputihan warnanya dan sedikit kekuning-kuningan, sebagaimana telur-telur yang tersimpan pada sarangnya yang tak pernah tersentuh oleh tangan atau debu walau sedikit pun".


b) Yakut, Marjan dan Mutiara

Ketiga-tiga permata ini adalah jenis batu-batu mutiara yang diumpamakan di dalam Al-Quran sebagai bidadari.

Abdur Razzaq, Abdullah bin Humaid dan Ibnu Jarir telah mengeluarkan riwayat dari Qatadah, ia berkata tentang Surah Ar-Rahman ayat 58 bahawa " Bidadari-bidadari sejenis permata yakut dan seputih mutiara".

Pada penghujung ayat 23 (Surah Al-Waqi'ah) terdapat lafaz maknuunun(yang tersimpan) yang menyertai llu'lu-i(mutiara). Serupa dengan baidhum-maknuunun(telur yang tersimpan).Kalau telur tersimpan dalam sarang dan dakapan bulu induknya, sedang mutiara tersimpan dalam cengkerang, ini menunjukkan kedua-dua perumpamaan tersebut mengandungi pengejaran seperti yang berikut:

- Kjernihan permata yakut dan putihnya marjan menunjukkan sifat-sifat fizikal bidadari.

Seperti azwaajum-muthaharah (isteri2 yg dsucikn), huurun(yg sgt putih) dan hsaanun

(cantik2).

- Lafaz maknuunun menunjukkan tempat di mana mutiara disimpan. Hal ini menunjukkan

adanya sifat-sifat bidadari yang sepatutnya dimiliki oleh wanita muslim. Seperti:

lam yathmitshunna(tidak menyentuh mereka), khairaatun(yg baik2) dan

maqshuuraatun fil-khiyami(yg t'simpan didlm khemah2).


BIDADARI DUNIA


Mahukah anda semua wahai muslimah menjadi seperti Ainul Mardhiah? Yang menjadi rebutan dan taruhan berjuta pemuda. Bukan hanya mulia pada pandangan manusia, tetapi suci dan mulia di sisi-Nya. Wahai muslimah sekalian, anda mampu menjadi bidadari yang lebih mulia daripada bidadari2 syurga.

Ummu Salamah pernah bertanya kepada Rasulullah tentang bidadari2 syurga. Lalu Ummu Salamah bertanya pula, "Wahai Rasulullah, wanita ddunia lebih afdhal atau bidadari?". Jawab Rasulullah,"Wanita di dunia lebih afdhal daripada bidadari, kelebihannya yang di luar drpd yg di dlm,". tanya Ummu Salamah lagi,"Mengapa demikian?". Jawab Rasulullah,"Kerana solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah memberi mereka kecantikan dari nur di wajahnya dan badannya bagaikn sutera halus, putih kulit, b'baju hijau, perhiasannya kuning b'hiaskn permata, sisirnya dr emas sambil menyanyi,"Kamilah yg kekal, tidak akn mati selamanya, kami tetap tidak akn prg utk selamanya,kami yg rela tdk akn membenci selamanya, bahagialah org yg m'dapatkn kami dan kami utknya,".

(H.R At-Thabrani)



Thursday, July 22, 2010

Peringatan Kita Bersama

Assalamualaikum....

Wahai sahabatku...ketika video ini disiarkan, pelbagai masalah gejala sosial sedang menular dalam diri remaja. Perkara ini bagai sudah tiada jalan penyelesaianya lagi. Saban hari, berita mengenai tingkah laku remaja pasti menjadi perhatian. Hatiku bimbang wahai sahabatku. Aku bimbang pada masalah yang berlaku kini. Adakah masalah ini tiada kesudahannya? Aku bertambah bimbang apabila mereka yang terlibat bukannya daripada kalangan warga yang cetek ilmu, tetapi sebahagian daripada mereka merupakan pelajar sekolah agama, aliran agama, pelajar terbaik IPT mahupun sekolah dan yang seangkatan dengannya. Begitu mudah mereka terpengaruh dengan semua itu. Apa yang lebih menggusarkanku ialah mereka adalah sebangsa denganku. Ke manakah perginya jati diri anak Melayu yang penuh dengan tatatertib, budi bahasa, sopan dan tinggi harga dirinya? Aku tahu, Melayu itu bersifat dinamik, yakni mudah menerima pengaruh luar, tetapi adakah kita hanya mampu menerima tanpa perlu menapis? Sedarlah bangsaku. Bukalah matamu. Kutahu ramai antara kita yang kasihankan mangsa Palestin kerana mereka ditindas di bumi sendiri, tetapi ada rasa syukur dalam hatiku kerana setidak-tidaknya mati mereka dikira syahid. Korban darah mereka tidak sia-sia. Namun bangsaku? Dirinya tak berharga, korban nyawanya hanya sia-sia. Akhirnya bagaimana tempatnya DI SANA?? Sungguh malang bangsaku. Penjajahan fikiran, budaya dan jiwa mereka tiada siapa yang prihatin. Sedarlah bangsaku. Perbuatanmu hanya merosakkan dirimu.

Saturday, July 17, 2010

Ainul Mardhiah


Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam dimahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan terkini
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman ditaman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari didunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih

Dihati lelaki bernama kekasih...



Siapa Ainul Mardhiah?

Mungkin ini soalan yang akan terpacul dari kebanyakan antara kita. Ainul Mardhiah ialah bidadari syurga yang paling cantik. Di atas ini merupakan lirik lagu yang menggambarkan keindahan dan kehebatan Ainul Mardhiah, makhluk ciptaan Allah.


Kenapa saya tulis?

Saya yakin ramai wanita di luar sana ingin kelihatan cantik. Sudah fitrah wanita. Tetapi cantik yang bagaimana? Adakah Ainul Mardhiah sangat cantik, sehingga ramai pemuda sanggup pertaruhkan nyawa demi bertemu dengannya disyurga? :)
Nantikan sambungan artikle ini. Cerita mengenai Ainul Mardhiah. Insyaallah...

Friday, July 16, 2010

SAG & sahabatku dalam kenangan...



Meniti hari2 terakhir b'gelar pelajar SMKSAG amat memilukan hatiku. Tambahan pula aku tahu aku tidak lagi dapat b'sama sahabat2ku. Aku tahu bkn mudah utk meniti hari tanpa teman yang sebaik kalian, namun inilah realiti. Bukan sepanjg hidup kita akan ditemani. Kuredhakan jua hati bagi melepaskn kau pergi, smg dengan perpisahan ini ukhwah yang tertaut akan selamanya abadi.


Apa yg m'buatkn aku rindu pd kalian? Aku rindu....aku rindu pd kenangan dulu. Saat kita gembira apabila m'dpt anugerah atau ketika kita berbual mesra, saat hiba tatkala keputusan peperiksaan di depan mata, saat gemuruh pabila menyertai pertandingan atau peperiksaan menjelma. Aku rindu semua itu. Rakan2ku yg x jemu2 m'hiburkn hatiku.

Aku rindu pada Ibah yg setia m'dgr rintihan hatiku, aku rindu pada Ana yg sering mengambil berat akan perihalku, aku rindu pada Mai yang penyabar, Sal yg manja, Tikah yang gila2. Aku juga rindu pada Ayu yg mengajarku pelbgi perkara baru & Dayah yang mengajarku erti keberanian dan hidup b'dikari.

Jika kalian t'baca ruangan ini....ketahuilah. Saat aku m'coretkn kisah ini, aku sebenarnya t'amat rindu pd kalian. Ingin saja aku m'hubungi kalian, tapi aku tahu keterbatasan waktu lapang yang ada utk seorang pelajar spt kita. Aku x mahu mengganggu kalian. Biarlah rinduku ini menjadi penyambung ukhwah antara kita. Biarlah hanya sekadar gambar kalian yg mengubat jiwaku tatkala rindu itu menjelma. Walaupun kalian tidak berada di depan mata, namun kalian tetap dihati kujua. Terima kasih sababatku... doaku sentiasa b'samamu. :)

Kubiar kalam berbicara
Menghuraikan maksud dijiwa
Agar mudah kumengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi
Kubiarkan pena menulis
Meluahkan hasrat dihati
Moga terubat segala
Keresahan dijiwa
Tak pernah kuingini...

UKHWAH

Jadikan ukhwah antara kita terbina persis untaian tasbih ,
Ada awal , tiada akhir
dibentuk untuk mengingati-Nya
dicantum kerana cinta-Nya
diratib semata-mata kerana redha-Nya
menitis air mata tika merasai kemanisan-Nya