
" Aku dah kerap kali tukar pasangan. Perangai aku pun bukannya baik sangat. Allah tu Maha Adilkan. Dia dah janjikan perempuan yang baik tu untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya. Orang macam aku ni, rasanya bolah tak dapat pasangan yang baik?"
Alam kehidupan remaja pasti tidak terlepas dari godaan cinta dan alam percintaan. Maka beruntunglah sesiapa yang tidak pernah merasai hambatan nafsu cinta sebelum pernikahan ini. Pastinya disebalik percintaan zaman remaja itu, terselit seribu satu kisah suka duka percintaannya. Terdapat ramai dalam kalangan remaja yang pernah melaui alam percintaan dengan ramai insan, (dlm erti kata lain seseorang itu takkan setia bercinta dengan seseorang sehingga alam perkahwinan. Sepanjang tempoh itu, ramai insan yang telah menjadi pasangannya. Majoritinya begitu.)
Berbalik kepada persoalan di atas. Aku terkedu tatkala ditanya soalan sebegitu. Aku bukannya insan yang pernah bercinta jauh sekali berhujah tentang jodoh, ajal , maut dan ketentuan. Maaf kepada sahabat yang bertanya kerana aku tidak dapat memberikan jawapan yang tepat ketika itu dan aku tiada jawapan yang tepat mengenainya sehingga kini. Kerana pastinya jodoh itu telah diteteapkan Allah sejak azali lagi. Hanya kita saja yang tidak mengetahui.
Tentang soalan itu, aku teringat akan kisah percintaan Yusuf dan Zulaikha, juga kisah perhambaan Rabiatul Adawiyah pada pencipta-Nya.
Fitrah Zulaikha sebelum menjadi isteri nabi Yusuf merupakan seorang wanita penggoda. Lihat saja pada cerita bagaimana dia sanggup curang pada suaminya demi menagih cinta Yusuf, anak angkatnya. Lalu dihambur pula fitnah bahawa Yusuf yang menggodanya sehingga Yusuf dipenjara. Namun, selepas Yusuf memperisterikannya, dia dididik mengenal Pencipta-Nya dan pemilik segala cinta. Akhirnya sejarah mencatatkan Zulaikha merupakan wanita solehah yang taat pada suaminya dan Allah merupakan cintanya.
Begitu juga Rabiatul Adawiyah. Dia bukanlah wanita yang solehah sejak lahirnya seperti Maryam, namun kerana hidayah Allah itu lebih berkuasa, akhirnya seluruh hidup, jiwa dan raganya dihamparkan hanya untuk Pencipta-Nya.
Lihat. Allah tidak memandang dari mana kita datang, tetapi kemana kita akan pergi. Tentang jodoh itu, kita serahkan pada Allah. Cuma, jika kita inginkan jodoh yang terbaik, kita dahulu perlu jadi yang terbaik. Baru kita rasai nikmatnya perjuangan melawan nafsu itu (macam juga sakit. Kita takkan tahu nikmatnya sihat andai tak pernah merasa sakit). Andai kita dapat jodoh yang bertentangan dengan kita (contohnya suami yang baik dapat isteri yang tidak baik / sebaliknya), mungkin Allah ingin menguji kita. Berusahalah bimbing dia sebaiknya. Andai usaha kita sampai kekemuncaknya, namun dia masih tidak berubah, serahkanlah segalanya pada Allah, kerana hidayah itu milik-Nya.
Apa yang kita boleh lakukan...usaha, usaha, usaha, doa dan tawakal. Do the best, give Allah the rest. Ha, tentang doa. Kita pun boleh mula berdoa dari sekarang untuk dapat ape yang terbaik. Banyak doa dalam al-Quran tu. Cari ya. Kalau tak dapat nanti, bagi tau saya. Insyaallah...kita kongsi kat sini.