Saudara seagama

Abdullah bin Umar r.a berkata , Rasulullah bersabda :



Seseorang muslim dengan muslim yang lain adalah bersaudara . Tidak boleh menganiaya dan menundukkannya . Barang siapa yang melaksanakan hajat seorang muslim , maka Allah akan melaksanakan hajatnya . Dan sesiapa yang melepaskan kesulitan seorang muslim , maka Allah akan melepaskan kesulitannya di hari kiamat dan barang sesiapa yang menutup aib seorang muslim , maka Allah akan menutup aibnya dihari kiamat .

Saturday, October 9, 2010

Bukan Sekadar Cerita...

Secara zahirnya, cerita ini disiarkan bagi mengisi slot cerekarama malam minggu. Namun jika ditonton dengan akal yang mahu berfikir, dan jiwa yang mahu mengerti, mesej yang ingin disampaikan oleh cerita ini sungguh mendalam sekali.

Ya. Bukan sekadar cerita...cerita ini jelas menunjukkan ikatan perkahwinan yang terbina dengan kemurkaan Allah dan tanpa restu ayah bonda, pasti derita akhirnya. Penyatuan dua jiwa pastinya tidak kekal lama andai tiada Yang Satu disisi mereka. Oleh itu teman, fikirkanlah bersama...

Allah telah berfirman, jodoh itu datang melalui 3 sumber....

  1. Jodoh melaui syaitan - seseorang itu bertemu dengan pasangannya, mereka bertentangan mata, lalu bercinta sehingga mereka melakukan maksiat. Akhirnya, mereka berkahwin kerana ingin menutup malu.
  2. Jodoh melaui jin - seorang lelaki bertemu dengan seorang wanita. Lelaki tersebut jatuh cinta, lalu dia meminang wanita tersebut, namun wanita itu menolaknya. Lelaki tersebut menggunakan bantuan makhluk lain ( m'bomohkan wanita tersebut ) dan mereka berkahwin.
  3. Jodoh melalui Allah - Seseorang lelaki bertemu seorang wanita. Lelaki tersebut jatuh cinta, lalu dia meminang wanita tersebut. Wanita itu terima pinangannnya dan mereka berkahwin.

Fikir2kanlah...mana yang terbaik untuk kalian semua. Andai penyatuan cinta ( perkahwinan) itu terbina kerana nafsu yang melulu...pasti ikatan cinta itu tanpa arah tuju. Andai ikatan cinta itu terbina atas dasar cinta manusia semata, pasti nikmatnya sementara. Namun andai ikatan cinta itu terbina atas dasar mengikut sunnah baginda demi menggapai cinta-Nya, insyaallah cinta itu sampai syurga. Ingat, kita bukan sekadar akan hidup di dunia ini, tetapi akhirat yang kekal abadi. Biarlah cinta yang kita bina membuka jalan ke syurga...bukannya mengheret kita ke neraka.

Sekian...pasanan ikhlas buat diri yang bergelar aku, juga buat insan yang dicipta oleh Tuhanku.