Saudara seagama

Abdullah bin Umar r.a berkata , Rasulullah bersabda :



Seseorang muslim dengan muslim yang lain adalah bersaudara . Tidak boleh menganiaya dan menundukkannya . Barang siapa yang melaksanakan hajat seorang muslim , maka Allah akan melaksanakan hajatnya . Dan sesiapa yang melepaskan kesulitan seorang muslim , maka Allah akan melepaskan kesulitannya di hari kiamat dan barang sesiapa yang menutup aib seorang muslim , maka Allah akan menutup aibnya dihari kiamat .

Friday, September 24, 2010

Aidilfitri Menjalin Ukhwah

Alhamdulillah...akhirnya rancangan untuk mengumpulkan seramai mungkin warga 3B (2007) dan 5B (2009) terlaksana jua. Walaupun mendapat pelbagai halangan pada peringkat awalnya, namun akhirnya pagi 6 Syawal 1431H bersamaan 15 September 2010 telah menghimpunkan kami semua di rumah ustazah sewaktu hujan rahmat melimpah.
Syukran ya Allah...walaupun tidak dapat menghimpunkan semua, namun pertemuan ini sungguh bermakna. Harapanku moga tahun depan ada lagi peluang kita berkumpul semula. Harap2 lebih ramai dari tahun ni.
Terima kasih teman...kerana sudi memenuhi jemputan. Doaku agar kalian tabah mengharungi perjuangan dalam tuntutan, disamping kembara memantapkan iman dalam keredhaan. Semoga perjuangan yang tidak berkesudahan ini diredhai dan diberkati Ilahi...amin.

Temanku...
Apabila berbicara tentang CINTA
Ingatlah di sana ada pemilik segala CINTA
Apabila berbicara tentang KASIH
Sedarlah di sana ada yang lebih PENGASIH
Apabila berbicara tentang RINDU
Ketahuilah di sana ada yang lebih lama menunggumu.

Moga CINTA , KASIH dan RINDU yang terbina ini
Menjadi wadah perjuangan hakiki
Dalam menegakkan iman Islami
Demi Allah Rabbul 'Izzati

Saturday, September 11, 2010

Ukhwah Tersimpul di Aidilfitri


Alhamdulillah...syukran ya Allah kerana Aidilfitri ini menyimpul kembali ukhwah antara kami . Walaupun gerimis rahmat melimpah dipagi hari namun ini tidak menghalang perjalanan mengeratkan ukhwah antara hambamu.

Setelah sekian lama hasrat terpendam untuk bergambar bersama semua ahli keluarga besarku, tahun ini baru hajatku terlaksana.
Kepada semua ahli keluarga, terima kasih kerana sudi bekerjasama. Moga kita dapat mengusir pergi segala khilaf antara kita. Harapanku semoga ukhwah ini kekal bertaut selama-lamanya. Kutahu, antara kita...diri ini adalah insan yang kurang bersuara, diri ini juga tidak pernah sekali pun mengungkap kata kasih mahupun gembira. Namun begitu, walau apa pun yang terjadi, ketahuilah diri ini sangat sayangkan kalian.
Akhir kalam, ampun maaf dari diri yang kerdil ini. Salam sayang dari hamba yang serba kekurangan.

Ya Allah
Aku mengaku aku ini insan yang lemah
Sehingga aku tak mampu menanggung derita
Andai mereka tiada
Aku juga tidak mampu mengusir duka
Andai tanpa mereka

Oleh itu Ya Rahim
Kau lindungilah mereka dalam setiap langkahnya
Kau tabahkanlah hati mereka dalam setiap perkara
Kau jadikanlah mereka insan yang sentiasa menegakkan kalam iman Islam-Mu
Doaku agar ukhwah ini bertaut dalam redha Rabbku

Sekian...

Saturday, September 4, 2010

Ramadhan Pertama


Ramadhan ini sedikit berbeza. Hal ini kerana buat pertama kalinya aku berpuasa di sekolah yang jauh daripada rumahku. Perjalanan daripada Bidor-Tapah dengan menunggang motorsikal berseorangan pastinya mengundang keresahan insan yang menyayangiku. Maklumlah...difikirkan kepenatan yang melanda dan cuaca kini yang tidak menentu hujan panasnya menambahkan lagi kerisauan mereka.

Aku? Mustahil tiada gundah dihati ini, namun aku berpegang pada prinsip "selagi niat kita baik, Allah akan bantu kita" dan itulah yang aku alami. Aku yakin, ujian bagiku tidak sehebat insan yang bersekolah di pedalaman, juga tidak terhitung dahsyatnya puasa di bumi Palestin yang hidup dalam peperangan.

Di sini aku bukan ingin berkongsi tentang kisah puasaku, tetapi sekadar ingin berkongsi ilmu. Aku berminat ingin berkongsi tentang kelebihan menghormati bulan ramadhan.

Kisah ini berlaku pada zaman sahabat nabi. Ketika itu bulan ramadhan. Seperti biasa, orang Islam berpuasa. Terdapat seorang anak Yahudi makan di pasar. Tiada siapa yang menghiraukannya kerana semua orang tahu bahawa dia adalah Yahudi. Tiba-tiba, datang ayahnya lalu berkata, "Kenapa kau makan di sini? Engkau tak tahu ke ini bulan ramadhan. Hormatlah sikit bulan ni. Kalau kau nak makan, pergi balik, makan di rumah,". Anak Yahudi tadi terus berlari pulang ke rumah.

Orang Yahudi tadi (bapa anak Yahudi itu) hendak pulang ke rumah. Semasa dalam perjalanan, dia ditakdirkan menemui ajalnya. Allah telah mengutuskan 2 malaikat untuk megajarnya melafazkan syahadah. Maka Yahudi tersebut mati dalam Islam dan ditempatkan di syurga tanpa dihisab.

Begitulah berkatnya bulan ramadhan. Allah telah menjanjikan bahawa, "Barang siapa yang menghormati bulan ramadhan atau gembira apabila datangnya bulan ramadhan, maka Allah haramkan jasadnya daripada api neraka,".

Semoga ramadhan ini memberi seribu pengajaran buat kita semua. :)